Monday, 27 February 2017

PENGALAMAN BARU

HAKERA


Assalamualaikum.Pada harini aku nak ceritakan tentang pengalaman dan bakat baru.Boleh dikira bakat ke?Entah la.Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku , aku kene buat poster untuk sekretariat yang aku sertai iaitu Sekretariat pertandingan untuk HAKERA.Apa pulak HAKERA ini?Hakera merupakan hari keterampilan mahasiswa Kolej Dato' Onn UKM.

Kami telah mencipta tiga pertandingan yang sememangnya sudag wujud untuk HAKERA 16/17.Antara pertandingannya ialah melukis , pertandingan menyanyi yang diberi nama 'The Voice' , pertandingan chess secara langsung 'Wizard Chess Live' dan juga mini funfair yang akan berlangsung 3 hari berturut di Dataran Panggung Seni pada 12,13,14 Mac 2017.

Berbalik pada poster yang perlu aku buat.Pertamanya, aku ingat buat poster ni macam edit2 je tetapi ianya memerlukan idea yang "fresh" untuk menampakkan poster itu dari kita sendiri dan bukannya ciplak poster orang lain.Tak tidur malam jugak lah buat poste2 ni.Tapi akhirnya diterima jugak oleh pengarah publisiti.Terima kasih Hanisah sebab terima rekaanku walaupun banyak kali kene komen untuk ubah ini dan itu.

Ianya merupakan satu pengalaman baru untuk dri yang kerdil dan serta perlukan banyak ilmu pengetahuan. Berasa amat bangga apabila diberi kepercayaan untuk membuat sesuatu untuk program utama kolej.

Itu sahaja.Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment