Monday, 27 February 2017

PROGRAM SISI GELAP PROTOKOL


Pada 22 Februari 2017, program kolej yang saya sertai untuk semI iaitu Program Sisi Gelap Protokol(SiGP) telah ke MRT Corp dan IM4U .Program ini dilaksanakan untuk memfokuskan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i berkenaan dengan aturcara protokol tidak rasmi (etika kerja) seperti cara mengendalikan mesyuarat dan perbincangan tidak formal yang selalu dipraktikkan
oleh kebanyakkan syarikat swasta.

Pada hari kejadia,saya sebagai pengarah jamuan telah keluar awal dari bilik untuk mengambil makanan bagi peserta dan membawa makanan tersebut ke Dataran Panggung Seni.Selepas menaiki bas , kami bertolak untuk ke destinasi pertama iaitu MRT Corp di Damansara.

Di MRT kami diberi pendedahan oleh pihak sumber manusia MRT tentang bagaimana persediaan untuk pelajar universiti atau lepasan universiti untuk ditemu duga.Antara pengisiannya ialah seseorang yang ingin pergi temu duga perlu mempunyai beberapa elemen ini iaitu SIKAP , KEBIJAKSANAAN dan POTENSI.Dan juga beberapa ciri yang juri inginkan ialah KOMUNIKASI , KEYAKINAN dan SIKAP RENDAH DIRI.

Jika seseorang mempunya dan menguasai elemen dan ciri-ciri tersebut InsyaAllah mereka akan dipilih untuk membuat latihan industri atau bekerja di syarikat itu.Walau bagaimana pun , sebagai seorang manusi kita tidak lepas dari kesilpan.Untuk mengelakkan kita melakukan kesilapan yang besar kita perlu membuat persediaan sebelum ditemu duga.

Di IM4U pula , kami diberi tugas untuk melakukan 'MOCK INTERVIEW' . Daripada sesi ini , kami dapat mengetahui lebih lanjut tentang apa yang pihak syarikat mahukan dari seorang graduan baru.Di IM4U , mereka menunjukkan cara bekerja yang santai dan tidak terlalu formal melainkan ada sesi yang memerlukan keformalan.

Sampai disini sahaja cerita saya di MRT dan IM4U.Du bawah saya sediakan beberapa gambar.




No comments:

Post a Comment