Friday, 7 April 2017

HAPPY BIRTHDAY & THANK YOU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni cerita mengenai dua orang yang memberi inspirasi kepada saya ketika melibatkan diri dalam program HAKERA. Rasanya dah tahu kan HAKERA tu apa kan? Tak perlu cerita lagi.

Berbalik kepada cerita kita. Kenapa Happy Birthday & Thank You. Kalau Happy Birthday mesti la dah tahu kisahnya pasal apa kan? Mestilah cerita hari lahir seseorang. Thanks You pula? Thank you ni adalah untuk dua orang yang saya cakap kat atas yang bagi inspirasi.


KAK FIZA
Kak Fiza merupakan pengerusi 1 HAKERA. Happy belated day kak. Kak Fiza seorang yang sangat memberi inspirasi. Beliau memang pandai dalam bab IT dan beliau merupakan MEP ICT di Kolej Dato' Onn. Sangat la lembut dan penyayang orangnya. Selama 3 hari HAKERA berjalan beliau akan menjaga kebajikan budak2 yang bernaung dibawahnya termasuk saya. Selama 3 hari juga saya dapat pelukan percuma dari beliau sehinggakan ada kawan yang cemburu sebab kami berpelukan. Bak kata orang, pelukan kasih sayang.Hahahaha
Aznol
Azno...Beliau merupakan pengerusi 2 HAERA. Beliau sangat la 'tiptop'dalam kerja beliau. Disamping sibuk dengan tugasan, beliau akan pantau anak2 buah HAKERA. Jika ada masalah beliau akan bantu untuk menyelesaikan. Selama 1 bulan bekerja dengan beliau, saya dapat inspirasi bagaimana untuk menangani masalah. Kebanyak budak HAKERA rapat dengan beliau berbanding ketua pengarah sendiri. 

Inilah dua orang yang memberi inspirasi kepada saya sepanjang menjalani program kolej. Saya berharap kami sentiasa bersama dan tidak putus hubungan kerana berkenalan dan berkawan dengan mereka berdua merupakan satu pengalaman dan anugerah kepada saya yang tidak terhingga.

Sampai sini dulu kisah saya.Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment