Wednesday, 5 April 2017

JALAN JALAN MENCARI KENANGAN

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.....
Dah lama rasanya tidak menulis dalam blog ni. Sebabnya adalah sebab-sebab yang selau orang beri iaitu sibuk. Hahaha betul kebelakangan selalu sibuk denga program, kelas, tugasan dan macam-macam lagi.

Kenapa tajuk hari jalan-jalan mencari kenangan? Harini saya akan ceritakan kenangan manis bersama-sama rakan ketika keluar berjalan-jalan.




 Mari kita mula dengan empat gambar di atas ini. Dari kanan atas Aisyah dan sebalahnya Suhailahwati dan di bawah ialah saya dan kotak kiri bawah ialah Syahira. Waktu ni kami ke Kuala Lumpur untuk 'survey' harga barang untuk program HAKERA. Kami pergi pada 6 Februari 2017. Syahira merupakan driver kami dan saya pulak merupakan WAZE kami untuk ke Kuala Lumpur.
Sesampai di Kuala Lumpur lebih kurang dalam pukul 11 am dan terus ke Sunway Putra Mall yang berhadapan PWTC untuk mencari santapan untuk mengisi perut-perut yang kelaparan. Lepas makan kami berjalan-jalan mencuci mata disamping melihat harga barang-barang. Selepas zohor dan selesai solat zohor kami keluar dari SPM untuk ke Jalan Chow Kit dimana mereka menjual barangan mainan yang murah-murah. Pelbagai permainan yang menggamit masa silam kerana permainan yang kami main semasa kecil masih lagi wujud.

Okay kita ceritakan kisah kedua.


 Pada 24 Mac 2017 yang lalu, aku, Hanisah (bertudung merah) dan Liana (Bertudung hitam denga kaca mata) pergi ke Kolej Pendeta Zaaba semata-mata untuk makan tengahari disana. Kisahnya pada hari Khamis, diri ini teringin untuk makan Chicken Chop dan mereka memberitahu bahawa KPZ mempunyai makanan yang sedap-sedap lalu terus mengajak mereka untuk makan tengahari disana.
kami gerak dalam pukul 11 lebih dan tunggu bas di depan FEP selama hampir 30 minit.Al maklum hari Jumaat kene tunggu bas zon 6 lain macam sikit.Tapi tidak mengapa kerana ditemani oleh dua rakan yang disebut tadi. Sesampai sahaja di KPZ kami terus ke kafetaria dan mencari Chicken Chop. Mungkin tiada rezeki untuk makan Chicken Chop kerana kedai tersebut tidak dapat kami cari. Hahahaha. Akhirnya kami makan nasi kukus. Allah ganti Chicken Chop dengan nasi yang sangat sedap rasanya. Alhamdulillah akhirnya dapat juga penuhkan perut yang berbunyi tadi. Lepas makan kami tidak pulang terus ke kolej, kami lepak-lepak dan bersembang. Selepas solat jumaat kami pon bertolak pulang ke kolej kami.

Setakat ini dulu cerita berkaitan jalan jalan mencari kenangan.Sebenarnya banyak lagi cerita, tetapi saya pilih kisah-kisah ini kerana ianya memberi makna pada diri ini.
Sekian terima kasih. Jumpa lagi.




No comments:

Post a Comment