Tuesday, 9 May 2017

BAKSIS VS VOICE OUT ?

Assalamualaikum.

Haritu saya ade publish tajuk ' SUKA DUKA DILEMA DALAM SATU HARI' dan akan umumkan program mana yang saya akan pergi.  Harini saya akan bagitahu anda.  Jeng jeng jeng.  Pilihan saya adalah program 'Voice Out'.  Kenapa saya pilih voice out?  Sebabnya pengetua kolej sendiri yang pilih saya untuk join kem ini.  Ya Voice Out ni adalah kem untuk kami yang terpilih ni.  Seramai 19 orang peserta yang pergi.

Voice Out ni tujuan dia sebenarnya untuk 'bonding time'.  Pelbagai aktiviti yang kami lakukan.  Dan kebanyakkan adalah aktiviti lasak seperti membuat rakit dan mengapungkannya atas tasik.  Alhamdulillah semua peserta berjaya walaupun terpaksa mandi hujan.  Aktiviti lasak kedua ialah mendaki Bukit Kutu. Perasaan dan pengalaman mendaki bukit ini sangat la manis dan pahit.  Manisnya apabila dah sampai puncak dan hubungan antara rakan-rakan semakin rapat tapi yang pahitnya itu adalah cabaran untuk naik Bukit Kutu yang hampir 90 degree dengan tanah yang lembap dan macam-macam lagi.

Daripada kem Voice Out ini saya sedar, luaran itu tidak mencerminkan dalaman seseorang itu.  Kebanyakkan peserta yang join ini sangat la menggembirakan, suka mengusik dan banyak bercakap. Tetapi hakikatnya dalaman mereka ada duka yang tiada siapa tahu.  Hanya mereka yang pergi kem ini tahu cerita masing-masing.  InsyaAllah suatu hari nanti kami akan lebih rapat untuk tugasan yang akan diberi pada masa akan datang.

Berkaitan BAKSIS pula, saya hanya dengar-dengar cerita.  Jadi saya tidak boleh cerita lebih lanjut berkaitan BAKSIS.  Apa-apa pon kedua program ini berjalan lancar.  Mari cuci mata dengan gambar yang saya akan sediakan.







No comments:

Post a Comment