Wednesday, 10 May 2017

PENYAMPAIAN IDEA ASAS KEUSAHAWANAN DAN INOVASI

Assalamualaikum.

Harini nak cerita mengenai penyampaian idea semasa kelas asas keusahawanan dan inovasi.  Sebelum itu,saya akan cerita serba sedikit mengenai kursus ini.  Asas keusahawanan dan inovasi ini bagi pendapat saya sesuatu yang baik untuk didedahkan pada mahasiswa kerana ianya mampu membantu para siswa dan siswi untuk mempunyai asas berkaitan keusahawanan atau selalunya dipanggil sebagai perniagaan.

Untuk kumpulan saya, kami telah megeluarkan idea untuk membuka perniagaan membuat kek cawan.  Inovasi yang kami buat adalah dari segi perisa.  Selalunya, mereka yang menjual kek cawan berperisa seperti coklat, vanila dan strawberry.  Tetapi kami telah keluarkan idea dengan menukar perisa kepada perisa yang berasaskan buah, sayur dan makanan sunnah.  Sebagai contoh perisa lobak merah, anggur, kismis dan lain-lain lagi.

 Selain itu, kami juga membuat inovasi dari bekas kek cawan.  Kami bukan sahaja jual kek cawan seperti biasa malahan kami ada jual kek cawan dalam bentuk jar.  Idea kami ini juga kami kaitakan dengan perniagaan sosial dimana perniagaan kami ini mampu memberi manfaat pada golongan yang kami sasarkan.  Kami sasarkan golongan ibu tunggal yang tiada pekerjaan tetapi mempunyai tanggungan.  Kami akan memberi latihan membuat kek cawan kepada ibu tunggal ini dan memberi sedikit modal untuk mereka mulakan perniagaan dengan latihan yang kami berikan.

Itulah serba sedikit mengenai penyampaian idea perniagaan kumpulan kami.  Sekian berjumpa lagi.




No comments:

Post a Comment