Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Harini kita akan 'throwback' pada zaman matrikulasi.
Aku merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Aku masuk matriks ni kira-kira tahun 2015 dan habis belajar dalam tahun 2016. Aku merupakan pelajar aliran perakaunan sebab tu la kejap je kalau tengok tahun yang aku nyatakan.
KMPP merupakan satu kenangan yang sangat indah kerana yang pahit itu sangat sedikit berbanding manis yang banyak. Zaman matrikulasi la kalau dikira masa yang sangat aku bahagia. Nak tahu ape buktinya salah satu adalah berat badan aku naik dan hampir semua yang jumpa aku kata aku dah makin 'tembam'. Hai la berat jugak korang ketengahkan.
Meh enjoy gambar-gambar semasa di KMPP.
Sejujurnya, zaman matrikulasi adalah saat yang paling terbaik dan sangat dirindukan. Tak tahu la apa penangan yang diberikan. Syukur dapat belajar dekat KMPP walaupun sekejap. Tak sekejap sangat la.
Setakat ini dulu. Assalamualaikum.


No comments:
Post a Comment