Saturday, 18 March 2017

FAMILY BONDING

Assalamualaikum.


        Pada 18 Mac 2017 iaitu pada hari ini, aku dan ahli keluarga pergi ke Taman Metropolitan Kepong a.k.a Taman Layang-Layang.Kiteorang pergi sana pon tak merancang pon sebenarnya.Tujuannya nak happykan si kecil IHH(maaf nama xdpt nak tayang).

        Kiteorang pergi dlm pukul 10.30 mcm tu la.Itu pon adikku yang last sekali kejut semata2 nak pergi taman layang-layang.Ikutkan aje la nanti balik UKM xdapat nak happy2 macam ni.
Samapi2 je tengok ramainya orang kat situ.Pikir2 harini sabtu xkan la orang datang taman ni ramai.Rupanya ade event untuk budak autisme.

         Sebenarnya bila tengok budak2 autisme ni macam sedih jugak la.Sebabnya Allah beri ujian tu dekat ibubapa tersebut.Kuatnya mereka2 ni.Ramai jugak la budak autisme yang datang.Kat taman tu ade badut yang buat belon dan juga ade yang sediakan belon sabun secara free.Memang rezeki datang hari ni sebab takyah bayar.Kalau tak kene bayar RM 5.00 dengan dua cedok sabun je.

         Lepas balik dari taman , dalam pukul 4 petang kami ke Setapak untuk makan Mr.Dakgalbi.Akhirnya impian untuk makan dakgalbi tercapai.Lepasni boleh la berlagak sikit dekat mereka2 yang belum makan.Xde lah gurau je.Sedap jugak la tapi still xleh lawan masakan melayu yang memang menjilat serta tambah berkali2.

         Apa2 pon harini memang diluangkan dengan sebaiknya bersama keluarga tercinta walaupun tak semuanya yang datang.







H A K E R A

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kisah hari ini ialah berkaitan dengan H A K E R A .Apa itu HAKERA ?HAKERA merupakan hari keterampilan mahasiswa Kolej Dato' Onn yang diakan setiap tahun. Tahun ini HAKERA bertemakan Delegasi Mahasiswa Berinovasi. Haaa.Inovasi?Agak2 apa yang kiteorang sebagai penduduk Kolej Dato Onn perlu buat untuk HAKERA tahun ini?Jeng jeng jeng.

Pertamanya ,mari lihat posisi diriku ini sebagai apa?
Ya.Saya sebagai pengarah pertandingan.Apa yang saya perlu buat untuk pertandingan?Pecah kepala jugak la nak memikirkan pertandingan yang perlu diadakan supaya warga UKM dan warga KDO sendiri tertarik untuk menyertainya. Antara pertandingan yang kami jalankan semasa HAKERA antaranya adalah Pertandingan 'THE VOICE' , Pertandingan Melukis 'ANIME' dan Pertandingan PES D'HAKERA. Alhamdulillah ketiga2 pertandingan ini mendapat sambutan dari pelajar UKM dan KDO.
Semasa hari kejadian, hanya Allah sahaja tahu betapa penat,takut, dan gembiranya ketika pertandingan besar ini dijalankan.Selain dari tiga pertandingan ini, kami juga menjalankan 'mini funfair' ketiga2 hari HAKERA. Alhamdulillah hasil dari pertandingan dan permainan ini kami dapat memperolehi keuntungan sebanyak RM 1000.00.
Antara-antara gambar sekitar HAKERA:







Sekian Terima Kasih.