Monday, 27 February 2017

PENGALAMAN BARU

HAKERA


Assalamualaikum.Pada harini aku nak ceritakan tentang pengalaman dan bakat baru.Boleh dikira bakat ke?Entah la.Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku , aku kene buat poster untuk sekretariat yang aku sertai iaitu Sekretariat pertandingan untuk HAKERA.Apa pulak HAKERA ini?Hakera merupakan hari keterampilan mahasiswa Kolej Dato' Onn UKM.

Kami telah mencipta tiga pertandingan yang sememangnya sudag wujud untuk HAKERA 16/17.Antara pertandingannya ialah melukis , pertandingan menyanyi yang diberi nama 'The Voice' , pertandingan chess secara langsung 'Wizard Chess Live' dan juga mini funfair yang akan berlangsung 3 hari berturut di Dataran Panggung Seni pada 12,13,14 Mac 2017.

Berbalik pada poster yang perlu aku buat.Pertamanya, aku ingat buat poster ni macam edit2 je tetapi ianya memerlukan idea yang "fresh" untuk menampakkan poster itu dari kita sendiri dan bukannya ciplak poster orang lain.Tak tidur malam jugak lah buat poste2 ni.Tapi akhirnya diterima jugak oleh pengarah publisiti.Terima kasih Hanisah sebab terima rekaanku walaupun banyak kali kene komen untuk ubah ini dan itu.

Ianya merupakan satu pengalaman baru untuk dri yang kerdil dan serta perlukan banyak ilmu pengetahuan. Berasa amat bangga apabila diberi kepercayaan untuk membuat sesuatu untuk program utama kolej.

Itu sahaja.Assalamualaikum.

PROGRAM SISI GELAP PROTOKOL


Pada 22 Februari 2017, program kolej yang saya sertai untuk semI iaitu Program Sisi Gelap Protokol(SiGP) telah ke MRT Corp dan IM4U .Program ini dilaksanakan untuk memfokuskan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i berkenaan dengan aturcara protokol tidak rasmi (etika kerja) seperti cara mengendalikan mesyuarat dan perbincangan tidak formal yang selalu dipraktikkan
oleh kebanyakkan syarikat swasta.

Pada hari kejadia,saya sebagai pengarah jamuan telah keluar awal dari bilik untuk mengambil makanan bagi peserta dan membawa makanan tersebut ke Dataran Panggung Seni.Selepas menaiki bas , kami bertolak untuk ke destinasi pertama iaitu MRT Corp di Damansara.

Di MRT kami diberi pendedahan oleh pihak sumber manusia MRT tentang bagaimana persediaan untuk pelajar universiti atau lepasan universiti untuk ditemu duga.Antara pengisiannya ialah seseorang yang ingin pergi temu duga perlu mempunyai beberapa elemen ini iaitu SIKAP , KEBIJAKSANAAN dan POTENSI.Dan juga beberapa ciri yang juri inginkan ialah KOMUNIKASI , KEYAKINAN dan SIKAP RENDAH DIRI.

Jika seseorang mempunya dan menguasai elemen dan ciri-ciri tersebut InsyaAllah mereka akan dipilih untuk membuat latihan industri atau bekerja di syarikat itu.Walau bagaimana pun , sebagai seorang manusi kita tidak lepas dari kesilpan.Untuk mengelakkan kita melakukan kesilapan yang besar kita perlu membuat persediaan sebelum ditemu duga.

Di IM4U pula , kami diberi tugas untuk melakukan 'MOCK INTERVIEW' . Daripada sesi ini , kami dapat mengetahui lebih lanjut tentang apa yang pihak syarikat mahukan dari seorang graduan baru.Di IM4U , mereka menunjukkan cara bekerja yang santai dan tidak terlalu formal melainkan ada sesi yang memerlukan keformalan.

Sampai disini sahaja cerita saya di MRT dan IM4U.Du bawah saya sediakan beberapa gambar.




20 SERIES

HAPPY BIRTHDAY



25 FEBRUARI 2017 bersamaan Sabtu merupakan ulang tahun kelahiranku yang ke-20.Allahu Akhbar cepatnya masa berlalu dan sekarang dah masuk 20-an.Tuanya rasa.Yeke?Rasa muda je lagi.

Terima kasih keluarga dan kawan2 yang memberi ucapan selamat hari lahir.Terharu rasa bila dah mencecah umur 20 tahun tapi masih ada yang mengingati hari bermakna ini.Ada yang memberi ucapan yang panjang menjela.Ada yang membuat kejutan kepada diri ini.Terima kasih semua dan semoga Allah memberkati anda semua.

Gambar dan video sempena hari kelahiranku.





SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Akhirnya kembali juga blog setelah sekian lama aku meninggalkannya.Hampir 10 tahun meninggalkan blog dan kini aktif semula.Aktif semula pun kerana assingment untuk subjek Aplikasi Komputer.

Marilah kita memulakan sesi perkenalan.Nama yang diberi FATIN BT AHMAD RAZAK.Dilahirkan di Kuala Lumpur dan menetap di Kuala Lumpur sudah hampir 20 tahun.Sekarang sedang belajar di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA di Bangi.Mengambil jurusan Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.Sekarang sudah masuk semII di UKM.

Apa perasaan masuk di UKM?Sudah pasti berasa bangga kerana dapat menyambung pelajaran di UKM dan dapat melestarikan impian kedua ibubapa.Azam di UKM?Untuk menjadi seorang mahasiswi yang berkredibiliti sama ada di fakulti dan kolej.Walau bagaimana pun,untuk menjadi seorang yang berkredibiliti bukan mudah kerana pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi.

Saya merupakan pelajar lepasan Matrikulasi Pulau Pinang.Zaman matrikulasi dan zaman universiti amatlah berbeza bagai 360 darjah.Kerana di matrikulasi tekanan yang dihadapi tidak terlalu berat berbanding di universiti.Bagaimanapun,saya tetap berasa semua ini pengalaman yang akan mengajar kita untuk meneruskan hidup didunia yang penuh cabaran.

Sampai disini sahaja salam pengenalan saya.Assalamualaikum dan terima kasih.