Wednesday, 5 July 2017

#TeamRayaKL

Assalamualaikum.

25 Jun 2017 bersamaan 1 Syawal. Alhamdulillah dah cukup sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang indah. Akhirnya syawal tiba untuk meraikan semua umat Islam.
Tahun ni raya KL je sebab 2nd day abah dah bukak kedai. Tapi kiteorang still beraya. 1st raya macam biasa la kan sebok dengan solat raya,makan lemang and yang penting berkunjungan ke rumah sanak-saudara.

Dalam pukul 1.30 petang gitu kami sekeluarga konvoi 2 kereta dengan saudara pergi ke Tanjung Malim. Lebih spesifik kiteorang gi Sungai Dusun dan Soeharto. Alhamdulillah dalam 4 buah rumah gak la kiteorang gi beraya. Dan paling happy still dapat duit raya walaupun umur dah 20 Tahun. Alhamdulillah. Dorang kata selagi tak kerja dapat lagi. Hahahahaha.


Acah ayu je niπŸ‘†

With them
My Siblings.


My 2nd day raya kiteorang dah start raya dkt KL. Hahahahahah.Orang lain beraya rumah kawan sanak saudara kiteorang raya dekat hotel yang bawah dia ade mallπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. But we spend with family very well. Shopping barang abah and my things. Breakfast sampai pecah perut and mandi kolam. Kiteorang duduk 3 hari 2 malam.
With my mama.Gojes kau!


My forth raya dekat Farenheit Hotel which is beraya rumah kawan a..k.a dekat hotel. Memang semua beraya dekat hotel ke cenne. Siap buat open house lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Thank you Salina(Specky) Thanks matun(black tudung) sebab gi Bukit Bintang sama2 and Hidayah& Maisarah(Peach&Grey tudung) sebab amek dekat lobby.

My last raya dekat Nilai sebelum pulang ke UKM for my short semπŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’


Monday, 3 July 2017

Dari pagi ke pagi.

Assalamualaikum semua...

Huh ape tu dari pagi ke pagi tu. Heheheheh. Maksud dari pagi ke pagi tu adalah ke Kuala Lumpur dari pagi samapi la pagi.

Ceritanya cenni, 17 Jun lepas xsilap masa break exam kot. Tak ingat time tu tapi kat KL ade Mood Republik. And my friend, Solehah nak gi situ sebab nak cari baju raya,then I pon on je. Bermula lah kiteorang gi KL pukul 10/11 centu. Sampai je PWTC terus masuk dewan. Okay la tahun ni punya mpdd republik. Tapi pelik sebab hambar je. Takpe la dan kiteorang start jalan cuci mata and beli belah. Dalam lepas asar kot,kiteorang gerak balik sebab masing-masing dah penat berjalan kan.

Sampai kat KTM, lama tunggu train. Train sebelah sana dah dekat 3x datang. Yang menghala ke KTM xde pon. Xpe la tunggu2 sampai gak.  Dkt ktm ukm,kiteorg try grabcar tapi habuk pon takdak.Masing2 off application la tu. Nyampah!! Then,Solehah kat xpe la jom kita gi bustop. Tgh jalan2 ke bustop tetiba bus pon sampai. Kiteorang dua lagi macam apa tah sbb takut terlepas. Maklumlah bas zon6 30 minit sekali. Sebaik pakcik bas tunggu sebab dia nampak kiteorang lari tingkang pukang. Alhamdulillah akhirnya sampai gak KDO sebelum maghrib.


Then,lepas isyak dok sebok study pasal Undang2 keluarga islam. Exam citra!! Kelakor sebab amek exam pasal munakahat. Dalam pukul 1030 pm gitu, gi lah bilik MEP sbb dorang tgh isi barang sebelum balik cuti sem. Tetiba Syera cakap,asal semua datang KL ni!!Syera nak gi gak. Then i said kalau ade keta ke motor ke boleh la kita jalan Kl. Tetiba syera wss Daus ckp nak pinjam keta nak gi Kl.Dan Daus pon kasi kunci kreta. Apa lagi memang kiteorang siap2 gi KL la. Gerak dalam 11.00 pm. Kiteorang gi 3 orang, me,syera and haffis.

Sampai Jalan Istana, KL start jem sbb apa xtaw la.Maybe dtg nak shopping raya kot. KIteorang gi PWTC dulu sbb haffis nak beli baju raya. Dekat 1230 am kiteorang sampai PWTC. Then jalan lah.You know what, keadaan pagi tadi gi dgn Solehah amat la berbeza sbb malam sangat la ramai orang. Kami masuk hall pon berhimpit2 siap pegang bag haffis semata2 xnak berpisah. Dkt 3 jam gak la dalam PWTCing .Jumpa Nur Sajat, pelakon apa tah nama dia and paling penting jumpa Aeril Zafril! Awat la hang ensem bang oi!!

 Si Haffis xjumpa2 baju yg nak. Kalau ade pon saiz xde. Kesiannya la! Then kiteorang jalan2 dkt Dataran Merdeka and Jalan TAR. Suprisingly, Jalan TAR still bukak walaupun dah nak subuh. MasyaAllah rakyat Malaysia ni memang gigih nooow!

Dkt jalan TAR gak la Haffis beli baju melayu kain penggantin dia. Boleh tahan kualiti and harga baju melayu tu. Pape pon harap dia puas hati la. Dah selesai beli baju kami jalan2 dkt Dataran Merdeka. Ramai gila yg melepak dekat situ. Jalan situ siap ditutup lagi! Dkt 430 centu kami balik selepas sesi bergambo depan bangunan Sultan Abdul Samad. Sampai2 je KDO subuh dah melaungkan azan. Sebab tu la tajuk dia dari pagi ke pagi.


PHOTOSHOOT RAYA

Assalamualaikum...
Hi i'm back. Today kita cerita mengenai photoshoot raya for MEP KDO 17/18.
Alhamdulillah it went well. Let's njoy our photo.

Ni la MEP KDO yang hensem2 and lawa2. Total all of us are 16.Maybe dalam gambar tu tak cukup sebab ade yang terlindung. Check betoi2 na.

Kumbang2 MEP KDO. Hensem2 and sado2.HahahahahahahπŸ˜ŠπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Inilah hasilnya poster raya dari kami semua.Hebat x mep publisiti kami? Mestilah. Roy hg terbaik la...

Saturday, 1 July 2017

Program Ramadhan MPP ASPIRASI

Assalamualaikum. Kali ni nak cerita mengenai program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar ASPIRASI UKM. Program yang diberi nama 'Program Ramadhan MPP ASPIRASI'.

Program ini ade dua sahaja aktiviti yang telah dijalankan iaitu pemberian moreh dan juga pemberian sahur. Program ini berlangsung diseluruh kolej di UKM dengan kerjasama MEP kolej kediaman.

Sejujurnya,program ini agak hambar. Kenapa saya cakap hambar? Antara sebabnya ialah kurang sambutan pelajar KDO seterusnya sebab ramai mep yang tidak join untuk pemberian moreh. Hal ini kerana pelajar dan mep kdo lebih utamakan bertarawih di masjid. Bukan nak salahkan mereka, tetapi dalam masa sebulan takkan tak boleh 1 hari je bertarawih di surau kolej dan diberi moreh. Tapi kami yang ada disitu settlekan masalah makanan berlebihan dengan memberi makanan bilik ke bilik.Terima kasih kepada KE, TKE dan mep2 yang sudi datang.

Seterunsya, pemberian sahur. Lain pulak ceritanya. Nak tahu sebab apa? Sebabnya semua mep ada utk pemberian sahur. Tu yang bestnya. Rasa bonding tu kuat.hehehehe.
Ceritanya macam ni, at first dorang cakap kita akan bagi sahur pukul 4. Then macam biasalah pukul 12 baru nak tidur kan,tup tup pukul 12 TKE call cakap dorang suruh turun sebab nak bagi sahur. Aku dengan muka tak basuh terus pakai tudung and cardigan turun. Sekali dengan syera2 kene tinggal sebab bangun terkejut. Turun je dari bilik, terkejut la semua mep lelaki dah sampai dengan jentera ASPIRASI KDO pon ada. Ajak siap tegur, 'tidor ke tadi'. Aku hanya mampu gelak malu je la. Then bila semua dah sampai apa lagi, kiteorang terus bagi makanan dengan air mineral ke bilik ke bilik.
Tak lama pon sesi pemberian tu, dalam 30-45 minit je. Lepas habis agih, ape lagi terus balik bilik dan sambung tidor sampai terlajak subuh la.

Hehheheh. Tq pada sape2 yang baca walaupun nth2 xde yang baca.
Sekian sampai sini dulu.

Iftar Jama'ie KDO

Assalamualaikum... Hai semua. Walaupun tarikh harini sebenarnya bukan tarikh iftar jam'ie, I'm still want to tell what happend on 31 MEI 2017.


Iftar Jama'ie ni merupakan anjuran salah satu kelab KDO iaitu Kelab Akrab dan juga MEP 17/18 KDO.  Alhamdulillah iftar ni berjalan lancar dengan kehadiran rakyat KDO yang meberansangkan. Ketua kelab Akrab iaitu Nadzmi a.k.a Ajak dengan KE iaitu Rahimin yang handle persediaan iftar ini. Kami yang lain hanya bantu-bantu apa yang belum dibuat.

Makanan yang disediakan iaitu nasi ayam dan air kordial. Special nya untuk kelab akrab dan MEP kami dapat merasa kek batik buatan saya dan TKE iaitu Syahirah yang kami buat sehari sebelum iftar jama'ie. Mungkin ramai yang melihat iftar ini hanya biasa, tapi pandangan saya iftar ini mampu merapatkan hubungan para pelajar kdo dengan para MEPS dan pihak pentadbiran KDO. Takkan hanya bila ada masalah baru nak jumpa mereka, iftar ini merupakan salah satu inisiatif yang boleh dilakukan nagi merapatkan hubungan sesama kami.
Ini sahaja dulu buat sekarang. Jangan lupa follow cerita seterusnya.
Sekian Terima Kasih.

Friday, 26 May 2017

Reunion PitreePifo

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 26 Mei 2017, pitri pifo telah membuat 'reunion' yang keberapa tak ingat.  Tetapi kali ini tak semua ahli pitri pifo ada.  Mesti pelik ape itu pitri pifo dan sape pitri pifo?

Pitri pifo itu bermaksud A2P03 dan A2P04 iaitu nama praktikum saya dan kawan-kawan di matrikulasi (KMPP).  Siapa orangnya? Pitri pifo ni terdiri daripada 9 orang.  Antaranya ialah saya sendiri, Liyana, Atun, Ema. Liza, Eja, Nyoi, Ali dan Mu'min.  Kami rapat sejak matrikulasi.  Walaupun zaman matrik dah habis, kami selalu buat perjumpaan supaya kami tidak lupa antara satu sama lain.

Selain itu, susah nak cari kawan macam mereka ni yang gila2 dan bila dengan mereka semua saya rasa happy sangat.  Reunion harini sangat best walaupun atun dan ema tak dapat datang sebab hal tertentu.

Antara gambar-gambar kami :







Perwatikahan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Kediaman.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini, saya akan menceritakan pengalaman ketika perwatikahan MEP pada 25 Mei 2017 di Dewan Persidangan Fakulti Sains Teknologi.

Pada hari itu, perasaan gementar, gembira dan takut muncul.  Hal ini, kerana saya akan memegang sesuatu tugas yang agak berat buat suatu tempoh yang agak lama.  Walau bagaimanapun, para mantan MEP memberikan nasihat-nasihat yang sangat baik.  Antaranya ialah kita perlu menjaga aib sesama sendiri, ikhlaskan diri untuk bekerja dan paling penting kita sabar dengan ujian yang akan kami hadapi.

Sekitar majlis perwatikahan, ramai orang-orang besar yang berucap seperti Naib Canselor UKM dan juga timbalan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.  Tidak lepas juga, Ketua Eksekutif kami iaitu Rahimin menjadi ketua yang membacakan ikrar perwatikahan MEP sesi 2017/2018.

Gambar sekitar majlis perwatikahan.







Sekian terima kasih.

Wednesday, 24 May 2017

Speech Academic Communication



Assalamualaikum.  24 Mei 2017 saya akan ada presentation mengenai 'Homeachooling'. Doakan saya boleh buat ya.

Final Projek Aplikasi Komputer.

Assalamualaikum.

Final projek.  Kami perlu mereka satu perniagaan untuk membuat database.  Projek ini membantu kami sekumpulan untuk lebih mengenali Access.  Dan dapat membantu kami untuk menggunakan kemudahan ini dalam aktiviti harian.


Ini adalah antara tugasan yang kami buat.

Tuesday, 23 May 2017

Infografik

Assalamualaikum.

Hari ini kita akan bercerita mengenai infografik. Apa itu infografik?
Okay. Inilah satu contoh infografik. Ianya suatu info yang ingin kita beritahu melalui gambar ataupun rajah.  Infografik ini semakin popular dikalangan pelajar mahupun mereka yang bekerja.  Melalui infografik,maklumat mudah untuk disampaikan dan mudah untuk menarik perhatian orang lain.

Antara web yang boleh untuk mengakses  infografik antaranya piktochart, canva.com , vizualize dan banyak lagi.  Setakat ini saya selalu guna canva.com dan baru sahaja menggunakan piktochart.

Kepada para pelajar, anda digalakkan untuk menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan tugasan perbentangan dan boleh membuat resume melalui aplikasi ini.

Sekian terima kasih.

MALAM APRESIASI GEMILANG

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.  MAG telah berjalan dengan selancar-lancarnya.  Ramai pelajar yang hadir dan dewan DECTAR itu sangat la meriah dengan perhiasan yang cantik-cantik dan orang yang cantik serta hensem datang.

Kali ini tidak banyak penulisan.  Biar gambar berbicara.






PERSIAPAN MAG a.k.a Makan Malam Kolej

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Persiapan MAG? Ya kali ini nak cerita mengenai MAG. MAG ialah Malam Apresiasi Gemilang ataupun digelar makan malam Kolej Dato' Onn.  Alhamdulillah MAG dah berlangsung tetapi saya akan cerita mengenai persiapan MAG.  Tema MAG 16/17 ialah 'Secret Garden'. Ya taman rahsia.  Saya sebagai AJK Alumni.  Tugas saya ialah menjemput para alumni untuk datang ke MAG dan Alhamdulillah seramai 14 orang datang.  Saya berjaya dapat tiga orang sahaja.

Saya nak cerita mengenai perhiasan DECTAR.  Walaupun saya AJK Alumni tak bermakna saya tidak membantu rakan-rakan yang lain.  Saya buat keputusan untuk membantu AJK Perhiasan kerana posisi mereka sangat genting.  Jika perhiasan hancur,makan malam itu tidaklah sempurna.  Tetapi saya sangat bangga kerana perhiasan dapatan pujian ramai dan semua mengatakan yang perhiasan dewan memang kena dengan tema kali ini.

Mari lihat gambar yang saya sediakan.



WEEK 14

Assalamualaikum

Hari ini saya akan cerita mengenai minggu ke-14.  Kenapa dengan minggu ini?  Minggu ke-14 merupakan minggu terkahir bagi setiap pelajar untuk ke tahun yang berikutnya.  Pada minggu ke-14 ini semua pelajar dari tahun satu hingga tahun akhir akan berhempas pulas untuk menyiapkan segala tugasan untuk dihantar.  Selain itu, minggu ini juga minggu yang sibuk bagi pelajar untuk membuat 'presentation' bagi subjek tertentu.

Minggu ini juga para pelajar jusa sibuk denga ujian-ujian yang akan diberikan oleh para pensyarah masing-masing.  Ada sesetengah pelajar yang akan sibuk denga program kolej seperti makan malam dan juga perwatikahan untuk jawatan masing-masing.  Saya juga tidak terlepas dari merasa minggu yang sibuk ini.

Lagi-lagi semua sudah terfikir untuk pulang ke rumah untuk bercuti dan untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperikaan akhir bagi tahun ini.  Kadang-kadang terfikir kenapa semua ini berlaku.  Setiap yang hidup di mukan bumi ini tidak akan terlepas dari sebarang ujian.  Sebagai pelajar, inilah ujian yang perlu kami hadapi.  Bagi mereka yang bekerja, ujiannya lagi besar dari kami.

Maka bersyukurlah kita.  Sekian terima kasih.

Pendapat Tentang Video

Assalamualaikum.

Hari ini saya akan buat satu ulasan mengenai satu video dari Thailand.  Video ini mengenai seorang lelaki yang berbuat baik pada tumbuhan manusia dan haiwan.  Dalam video ini, lelaki tersebut meletakkan satu pasu yang berisi pokok tidak berdaun dan berbunga di satu tempat air yang mengalir keluar dari paip di tepi jalan.

Senario ke dua pula, lelaki ini memberi sedekah pada kanak-kanak yang meminta sedekah bersama ibunya setiap kali lelaki itu lalu dihadapan mereka.  Senario yang terakhir ialah lelaki tersebut selalu memberi makanan kepada anjing liar yang meminta makanan darinya.

Apa yang dia dapat daripada perbuatan ini? Duit? Kemasyuran?

Tidak.  Beliau mendapat satu kepuasan apabila melihat tumbuhan yang tidak berbunga dan berdaun telah menjadi tumbuhan yang cantik dengan bunga berwarna putih.  Daripada senario kedua, beliau dapat melihat kanak-kanak yang meminta sedekah kini telah pergi bersekolah daripada meminta sedekah.  Senario terakhir pula, anjing liar tersebut menjadi jinak dan mengikut beliau pulang ke rumah.

Daripada video ini, saya dapati apabila kita berbuat baik pada alam dan manusia serta haiwan, kita akan mendapat balasan bukan dari segi wang atau kemasyuran tetapi satu perasaan yang tidak dapat sesiapa rasa melainkan kita melakukan apa yang lelaki yersebut buat. Ianya satu perasaan bangga kerana dapat mengubah sesuatu kehidupan yang sedih kepada sesuatu yang menggembirakan.

Manusia zaman sekarang perlu disedarkan dan didedahkan dengan nilai-nilai murni supaya kita mempunya masyarakat yang berakhlak dan bukannya masyarakat yang menindas sesama mereka.

Setakay ini sahaja ulasan saya.  Sekian terima kasih.

Friday, 19 May 2017

KEM BINA NEGARA KUALA LIPIS

Assalamualaiku dan selamat sejahtera.

Kali ini saya nak cerita mengenai kem yang saya pergi pada 5 Mei hingga 7 Mei 2017 yang lepas di Kuala Lipis.  Perjalanan kami ke sana mengambil masa empat hingga lima jam dengan satu kali berhenti.  Kami sampai dalam pukul 12 malam. Sampai sahaj di kem itu, kami terus ke dewan untuk dengar ucapan yang mengambil masa hingga pukul 4 pagi. Ya! Kami semua tidur 1 jam sahaja sebab pukul 5 bangun  siap-siap untuk subuh berjemaah di surau.  Allahu mengantuknya. Yalah didalam bas saya hanya dapat tidur dalam 30 minit kerana kebanyakkan tidur-tidur ayam sebab saya ni mabuk kenderaan.

Hari pertama di kem lipis, aktiviti yang dilakukan tidak banyak. Antara aktivitinya ialah mendengar ceramah. Lepas kami ade aktiviti luar bermain sesuatu permainan menggunakan benang,cawan,getah dan air.  Permaianan itu sangat mencabar minda dan kesabaran.  Kenapa? Kerana satu kumpulan terdapat lebih kurang 10 ahli dan kami perlu mengangkat cawan berisi air dengan menggunakan getah yang diikat pada cawan dan kami perlu pegang benang untuk angkat cawan.  Mencabar kesabaran bila sudah angkat cawan ke tempat yang perlu diletakkan,denga tetiba cawan jatuh. Satu lagi dah isi air dalam cawan lain dan tetiba ada ahli yang langgar benang dan air jatuh.

 Tapi dari situ pelajara yang saya dapat ialah kita memerlukan pemimpin yang betul-betul boleh memimpin. Tanpa pimpinan yang betul,sesuatu institusi itu akan jatuh.  Selain itu, dari situ saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari kolej lain.

Hari kedua iaitu hari terakhir, kami diberi tugasan untuk mencari barang terpakai. Memang semua orang berebut-rebut untuk cari barang terpakai seperti kotak, botol dan macam-macam lagi.  Selepas kami kumpul barang terpakai itu, kami diberi tugasan untuk melukis objek yang kami ingin tubuhkan dengan menggunakan barang terpakai yang kami kumpul sebentar tadi. Kami perlu mendapatkan kelulusan dari seseorang yang kami gelar 'arkitek'. Selepas diluluskan kami bertungkus lumus untuk membina objek yang kami lukiskan. Sedang buat kerja,tetiba pihak penganjur meminta kami untuk berhenti dan dia arahkan kami semua untuk ditukarkan ke kumpulan lain. Maksudnya kami perlu selesaikan projek orang lain.

 Dari situ,macam-macam idea dapat lihat.  Kami dapat kumpulan yang cuba untuk membina sesuatu mengunakan 30 biji botol. Sejujurnya idea itu sangat tidak logik. Sebab kami hanya dibekalkan dengan tali sahaja. Tiada gunting mahupun pisau. Kami berasa tertekan dan akhirnya loceng berbunyi menunjukkan masa tamat. Kami pulang semula ke tempa kami dan lihat hasil idea kami. Agak berbangga kerana idea kami dapat ditubuhkan walaupun kumpulan lain yang bangunkan.

Kesimpulan untuk permainan itu adalah pertama kita tidak perlu tamak untuk ambil semua barang terpakai. Kita sepatutnya membuat perancangan supaya elak pembaziran.  Kedua,tidak semua orang boleh terima pendapat kita dan kita perlu mengambil pendapat orang lain. Yang paling penting ialah kerjasama antara kumpulan.  Walaupun kita bersaing, kita perlu bekerjasama dengan kumpulan lain.

Dari kem ini, pelbagai ilmu yang saya dapat sama ada langsung mahupun tidak langsung.  Selain dari menambah kenalan,kita dapat mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam.  Saya rasa setakat ini sahaja dulu. Sekian terima kasih.





PENGALAMAN PERTAMA SEBAGAI BSMM

Assalamualaikum.



Harini nak cerita pasal BSMM. Tahu tak BSMM tu apa? BSMM ialah Bulan Sabit Merah Malaysia. Ya,saya adalah salah seorang ahli bulan sabit merah. Tetapi saya tidak aktif sangat, sebab aktif program kolej dan fakulti.

Dua minggu lepas, satu tragedi yang menyebabkan saya menggunakan kepakaran sebagai BSMM walaupun tak pakar sebenarnya. Tapi saya dapat belajar sesuatu dari kejadia tersebut. Petang itu saya sedang makan di bilik rakan saya, tetiba felo aras kami panggil 'BSMM...BSMM...Sape2 yang BSMM meh keluar'. Saya sebenarnya malas nak keluar tapi akhirnya keluar dari bilik dan felo suruh bukak bilik rawatan (BR). Nak buka macam mana, kalau kunci BR bukan saya yang pegang.  Jadi saya telefon kawan saya yang pegang jawatan dalam BSMM Det A iaitu BSMM kolej kediaman saya. Selepas telefon,kawan saya bergegas buka BR dan keluarkan 'stretcher".

Kami ke "parking" kereta felo dan ternampak seorang perempuan pengsan di tepi felo yang lain. Kami tak tahu nak buat apa dan panggil beberapa orang lelaki untuk angkat perempuan menggunakan "stretcher" dan ke BR. Sesampai BR, kawan saya yang mempunyai jawatan tersebut dia telefon doktor kecemasan.  Dekat satu jam juga kami menunggu ambulans untuk datang.

Dalam masa sejam itu, pelbagai teknik kami gunakan untuk memastikan pesakit sedar walaupun tidak sepenuhnya.  Kerana takut kalau biarkan, pesakit akan terus pengsankan diri.  Sebab pesakit pengsan ialah tidak makan. Kami tidak tahu sebab yang sebenar kenapa dia tidak makan. Tetapi saya terdengar yang rakan pesakit mengatakan dia stress. Stress memang bahaya lagi-lagi untuk perempuan.

Kami gunakan kain basah, minyak angin dan gerakkan badan pesakit untuk memastikan dia sedar.  Dari situ saya dapat belajar dan tunjukkan apa yang saya belajar dari pembelajaran sebelum ini. Agak bangga kerana dapat aplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan harian.  Kepada semus BSMM, saya bangga kerana mereka tabah menjalankan tugas walaupun tugas itu sangat memenatkan dari segi fisikal dan mentah. Chayok!!


Wednesday, 10 May 2017

PENYAMPAIAN IDEA ASAS KEUSAHAWANAN DAN INOVASI

Assalamualaikum.

Harini nak cerita mengenai penyampaian idea semasa kelas asas keusahawanan dan inovasi.  Sebelum itu,saya akan cerita serba sedikit mengenai kursus ini.  Asas keusahawanan dan inovasi ini bagi pendapat saya sesuatu yang baik untuk didedahkan pada mahasiswa kerana ianya mampu membantu para siswa dan siswi untuk mempunyai asas berkaitan keusahawanan atau selalunya dipanggil sebagai perniagaan.

Untuk kumpulan saya, kami telah megeluarkan idea untuk membuka perniagaan membuat kek cawan.  Inovasi yang kami buat adalah dari segi perisa.  Selalunya, mereka yang menjual kek cawan berperisa seperti coklat, vanila dan strawberry.  Tetapi kami telah keluarkan idea dengan menukar perisa kepada perisa yang berasaskan buah, sayur dan makanan sunnah.  Sebagai contoh perisa lobak merah, anggur, kismis dan lain-lain lagi.

 Selain itu, kami juga membuat inovasi dari bekas kek cawan.  Kami bukan sahaja jual kek cawan seperti biasa malahan kami ada jual kek cawan dalam bentuk jar.  Idea kami ini juga kami kaitakan dengan perniagaan sosial dimana perniagaan kami ini mampu memberi manfaat pada golongan yang kami sasarkan.  Kami sasarkan golongan ibu tunggal yang tiada pekerjaan tetapi mempunyai tanggungan.  Kami akan memberi latihan membuat kek cawan kepada ibu tunggal ini dan memberi sedikit modal untuk mereka mulakan perniagaan dengan latihan yang kami berikan.

Itulah serba sedikit mengenai penyampaian idea perniagaan kumpulan kami.  Sekian berjumpa lagi.




Tuesday, 9 May 2017

BAKSIS VS VOICE OUT ?

Assalamualaikum.

Haritu saya ade publish tajuk ' SUKA DUKA DILEMA DALAM SATU HARI' dan akan umumkan program mana yang saya akan pergi.  Harini saya akan bagitahu anda.  Jeng jeng jeng.  Pilihan saya adalah program 'Voice Out'.  Kenapa saya pilih voice out?  Sebabnya pengetua kolej sendiri yang pilih saya untuk join kem ini.  Ya Voice Out ni adalah kem untuk kami yang terpilih ni.  Seramai 19 orang peserta yang pergi.

Voice Out ni tujuan dia sebenarnya untuk 'bonding time'.  Pelbagai aktiviti yang kami lakukan.  Dan kebanyakkan adalah aktiviti lasak seperti membuat rakit dan mengapungkannya atas tasik.  Alhamdulillah semua peserta berjaya walaupun terpaksa mandi hujan.  Aktiviti lasak kedua ialah mendaki Bukit Kutu. Perasaan dan pengalaman mendaki bukit ini sangat la manis dan pahit.  Manisnya apabila dah sampai puncak dan hubungan antara rakan-rakan semakin rapat tapi yang pahitnya itu adalah cabaran untuk naik Bukit Kutu yang hampir 90 degree dengan tanah yang lembap dan macam-macam lagi.

Daripada kem Voice Out ini saya sedar, luaran itu tidak mencerminkan dalaman seseorang itu.  Kebanyakkan peserta yang join ini sangat la menggembirakan, suka mengusik dan banyak bercakap. Tetapi hakikatnya dalaman mereka ada duka yang tiada siapa tahu.  Hanya mereka yang pergi kem ini tahu cerita masing-masing.  InsyaAllah suatu hari nanti kami akan lebih rapat untuk tugasan yang akan diberi pada masa akan datang.

Berkaitan BAKSIS pula, saya hanya dengar-dengar cerita.  Jadi saya tidak boleh cerita lebih lanjut berkaitan BAKSIS.  Apa-apa pon kedua program ini berjalan lancar.  Mari cuci mata dengan gambar yang saya akan sediakan.