Hari ini saya akan buat satu ulasan mengenai satu video dari Thailand. Video ini mengenai seorang lelaki yang berbuat baik pada tumbuhan manusia dan haiwan. Dalam video ini, lelaki tersebut meletakkan satu pasu yang berisi pokok tidak berdaun dan berbunga di satu tempat air yang mengalir keluar dari paip di tepi jalan.
Senario ke dua pula, lelaki ini memberi sedekah pada kanak-kanak yang meminta sedekah bersama ibunya setiap kali lelaki itu lalu dihadapan mereka. Senario yang terakhir ialah lelaki tersebut selalu memberi makanan kepada anjing liar yang meminta makanan darinya.
Apa yang dia dapat daripada perbuatan ini? Duit? Kemasyuran?
Tidak. Beliau mendapat satu kepuasan apabila melihat tumbuhan yang tidak berbunga dan berdaun telah menjadi tumbuhan yang cantik dengan bunga berwarna putih. Daripada senario kedua, beliau dapat melihat kanak-kanak yang meminta sedekah kini telah pergi bersekolah daripada meminta sedekah. Senario terakhir pula, anjing liar tersebut menjadi jinak dan mengikut beliau pulang ke rumah.
Daripada video ini, saya dapati apabila kita berbuat baik pada alam dan manusia serta haiwan, kita akan mendapat balasan bukan dari segi wang atau kemasyuran tetapi satu perasaan yang tidak dapat sesiapa rasa melainkan kita melakukan apa yang lelaki yersebut buat. Ianya satu perasaan bangga kerana dapat mengubah sesuatu kehidupan yang sedih kepada sesuatu yang menggembirakan.
Manusia zaman sekarang perlu disedarkan dan didedahkan dengan nilai-nilai murni supaya kita mempunya masyarakat yang berakhlak dan bukannya masyarakat yang menindas sesama mereka.
Setakay ini sahaja ulasan saya. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment