Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kali ini, saya akan menceritakan pengalaman ketika perwatikahan MEP pada 25 Mei 2017 di Dewan Persidangan Fakulti Sains Teknologi.
Pada hari itu, perasaan gementar, gembira dan takut muncul. Hal ini, kerana saya akan memegang sesuatu tugas yang agak berat buat suatu tempoh yang agak lama. Walau bagaimanapun, para mantan MEP memberikan nasihat-nasihat yang sangat baik. Antaranya ialah kita perlu menjaga aib sesama sendiri, ikhlaskan diri untuk bekerja dan paling penting kita sabar dengan ujian yang akan kami hadapi.
Sekitar majlis perwatikahan, ramai orang-orang besar yang berucap seperti Naib Canselor UKM dan juga timbalan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Tidak lepas juga, Ketua Eksekutif kami iaitu Rahimin menjadi ketua yang membacakan ikrar perwatikahan MEP sesi 2017/2018.
Gambar sekitar majlis perwatikahan.
Sekian terima kasih.







No comments:
Post a Comment