Assalamualaikum.
Harini nak cerita pasal BSMM. Tahu tak BSMM tu apa? BSMM ialah Bulan Sabit Merah Malaysia. Ya,saya adalah salah seorang ahli bulan sabit merah. Tetapi saya tidak aktif sangat, sebab aktif program kolej dan fakulti.
Dua minggu lepas, satu tragedi yang menyebabkan saya menggunakan kepakaran sebagai BSMM walaupun tak pakar sebenarnya. Tapi saya dapat belajar sesuatu dari kejadia tersebut. Petang itu saya sedang makan di bilik rakan saya, tetiba felo aras kami panggil 'BSMM...BSMM...Sape2 yang BSMM meh keluar'. Saya sebenarnya malas nak keluar tapi akhirnya keluar dari bilik dan felo suruh bukak bilik rawatan (BR). Nak buka macam mana, kalau kunci BR bukan saya yang pegang. Jadi saya telefon kawan saya yang pegang jawatan dalam BSMM Det A iaitu BSMM kolej kediaman saya. Selepas telefon,kawan saya bergegas buka BR dan keluarkan 'stretcher".
Kami ke "parking" kereta felo dan ternampak seorang perempuan pengsan di tepi felo yang lain. Kami tak tahu nak buat apa dan panggil beberapa orang lelaki untuk angkat perempuan menggunakan "stretcher" dan ke BR. Sesampai BR, kawan saya yang mempunyai jawatan tersebut dia telefon doktor kecemasan. Dekat satu jam juga kami menunggu ambulans untuk datang.
Dalam masa sejam itu, pelbagai teknik kami gunakan untuk memastikan pesakit sedar walaupun tidak sepenuhnya. Kerana takut kalau biarkan, pesakit akan terus pengsankan diri. Sebab pesakit pengsan ialah tidak makan. Kami tidak tahu sebab yang sebenar kenapa dia tidak makan. Tetapi saya terdengar yang rakan pesakit mengatakan dia stress. Stress memang bahaya lagi-lagi untuk perempuan.
Kami gunakan kain basah, minyak angin dan gerakkan badan pesakit untuk memastikan dia sedar. Dari situ saya dapat belajar dan tunjukkan apa yang saya belajar dari pembelajaran sebelum ini. Agak bangga kerana dapat aplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan harian. Kepada semus BSMM, saya bangga kerana mereka tabah menjalankan tugas walaupun tugas itu sangat memenatkan dari segi fisikal dan mentah. Chayok!!

No comments:
Post a Comment