Assalamualaiku dan selamat sejahtera.
Kali ini saya nak cerita mengenai kem yang saya pergi pada 5 Mei hingga 7 Mei 2017 yang lepas di Kuala Lipis. Perjalanan kami ke sana mengambil masa empat hingga lima jam dengan satu kali berhenti. Kami sampai dalam pukul 12 malam. Sampai sahaj di kem itu, kami terus ke dewan untuk dengar ucapan yang mengambil masa hingga pukul 4 pagi. Ya! Kami semua tidur 1 jam sahaja sebab pukul 5 bangun siap-siap untuk subuh berjemaah di surau. Allahu mengantuknya. Yalah didalam bas saya hanya dapat tidur dalam 30 minit kerana kebanyakkan tidur-tidur ayam sebab saya ni mabuk kenderaan.
Hari pertama di kem lipis, aktiviti yang dilakukan tidak banyak. Antara aktivitinya ialah mendengar ceramah. Lepas kami ade aktiviti luar bermain sesuatu permainan menggunakan benang,cawan,getah dan air. Permaianan itu sangat mencabar minda dan kesabaran. Kenapa? Kerana satu kumpulan terdapat lebih kurang 10 ahli dan kami perlu mengangkat cawan berisi air dengan menggunakan getah yang diikat pada cawan dan kami perlu pegang benang untuk angkat cawan. Mencabar kesabaran bila sudah angkat cawan ke tempat yang perlu diletakkan,denga tetiba cawan jatuh. Satu lagi dah isi air dalam cawan lain dan tetiba ada ahli yang langgar benang dan air jatuh.
Tapi dari situ pelajara yang saya dapat ialah kita memerlukan pemimpin yang betul-betul boleh memimpin. Tanpa pimpinan yang betul,sesuatu institusi itu akan jatuh. Selain itu, dari situ saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari kolej lain.
Hari kedua iaitu hari terakhir, kami diberi tugasan untuk mencari barang terpakai. Memang semua orang berebut-rebut untuk cari barang terpakai seperti kotak, botol dan macam-macam lagi. Selepas kami kumpul barang terpakai itu, kami diberi tugasan untuk melukis objek yang kami ingin tubuhkan dengan menggunakan barang terpakai yang kami kumpul sebentar tadi. Kami perlu mendapatkan kelulusan dari seseorang yang kami gelar 'arkitek'. Selepas diluluskan kami bertungkus lumus untuk membina objek yang kami lukiskan. Sedang buat kerja,tetiba pihak penganjur meminta kami untuk berhenti dan dia arahkan kami semua untuk ditukarkan ke kumpulan lain. Maksudnya kami perlu selesaikan projek orang lain.
Dari situ,macam-macam idea dapat lihat. Kami dapat kumpulan yang cuba untuk membina sesuatu mengunakan 30 biji botol. Sejujurnya idea itu sangat tidak logik. Sebab kami hanya dibekalkan dengan tali sahaja. Tiada gunting mahupun pisau. Kami berasa tertekan dan akhirnya loceng berbunyi menunjukkan masa tamat. Kami pulang semula ke tempa kami dan lihat hasil idea kami. Agak berbangga kerana idea kami dapat ditubuhkan walaupun kumpulan lain yang bangunkan.
Kesimpulan untuk permainan itu adalah pertama kita tidak perlu tamak untuk ambil semua barang terpakai. Kita sepatutnya membuat perancangan supaya elak pembaziran. Kedua,tidak semua orang boleh terima pendapat kita dan kita perlu mengambil pendapat orang lain. Yang paling penting ialah kerjasama antara kumpulan. Walaupun kita bersaing, kita perlu bekerjasama dengan kumpulan lain.
Dari kem ini, pelbagai ilmu yang saya dapat sama ada langsung mahupun tidak langsung. Selain dari menambah kenalan,kita dapat mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam. Saya rasa setakat ini sahaja dulu. Sekian terima kasih.




No comments:
Post a Comment