Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Okay. Harini aku nak cerita sesuatu yang sedih, dilema dan juga gembira. Biasalah kalau perempuan ni satu hari banyak perasaan yang akan hinggap ke dalam diri mereka. Boleh dikatakan perempuan senang dipengaruhi oleh perasaan mereka sendir.
Jom mula bercerita. Cerita ni mula terjadi pada jumaat petang, dimana aku menerima pesanan dari 'whatapps' dari felo Kolej Dato' Onn yang mengatakan aku tersenarai untuk pergi program 'Voice Out' anjuran kolej kediaman ku. Dan tarikh untuk pergi adalah pada 28 April sehingga 30 April iaitu hujung minggu akan datang.Serius cakap memang seronok la nak pergi sebab dapat pengalaman baru dan impian nak buat aktiviti lasak tercapai.
TAPI...... Apa yang tapi tu bila dah suka-suka. Hidup ni tak selalu gembira je mesti ade sedih dan dilema. Apa dia sedih dan dilema yang berlaku pada diri ini? Hari yang sama iaitu 28 April sehingga 30 April tu aku ada program fakulti iaitu BAKSIS. Itu la sedih dan dilema. Sekarang ni memang dalam dilema habis. Sebab prorgam BAKSIS ni pun aku nak pergi. Ya lah dah buat kerja penat-penat takkan akhirnya korang tak join kan? Mesti la nak ada masa hari kejadian. Dan sekarang aku dalam dilema untuk memilih yang mana. Dua-dua pihak nak aku gi.
Rasa sedih dalam hati dan hanya Allah je tahu betapa sedih sebab dua program ini bertindan. Dan aku perlu untuk korbankan salah satu. Satu pihak kata dorang akan buat segala surat untuk memastikan aku pergi juga program dan satu lagi pihak kata sanggup untuk call supaya aku ikut dorang. Macam mana la akun nak buat keputusan ni. Bagi aku, kedua-dua program ni sangat penting bagi aku. Sebab dia itu biarlah menjadi rahsia. Sebab tahu dah reaksi korang apa.
Jadi untuk tahu aku pilih yang mana, sila tunggu selepas program-program ini berlangsung. Tunggu ya dan terima kasih kerana membaca luahan hati pelajar universiti yang baru nak rasa hidup yang sebenar.
The story of my daily life.Enjoy when you reading it.If you don't like it,don't read it then.If you enjoy reading it,I'am really appreciate.
Saturday, 22 April 2017
Friday, 7 April 2017
HAPPY BIRTHDAY & THANK YOU
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kali ni cerita mengenai dua orang yang memberi inspirasi kepada saya ketika melibatkan diri dalam program HAKERA. Rasanya dah tahu kan HAKERA tu apa kan? Tak perlu cerita lagi.
Berbalik kepada cerita kita. Kenapa Happy Birthday & Thank You. Kalau Happy Birthday mesti la dah tahu kisahnya pasal apa kan? Mestilah cerita hari lahir seseorang. Thanks You pula? Thank you ni adalah untuk dua orang yang saya cakap kat atas yang bagi inspirasi.
Kali ni cerita mengenai dua orang yang memberi inspirasi kepada saya ketika melibatkan diri dalam program HAKERA. Rasanya dah tahu kan HAKERA tu apa kan? Tak perlu cerita lagi.
Berbalik kepada cerita kita. Kenapa Happy Birthday & Thank You. Kalau Happy Birthday mesti la dah tahu kisahnya pasal apa kan? Mestilah cerita hari lahir seseorang. Thanks You pula? Thank you ni adalah untuk dua orang yang saya cakap kat atas yang bagi inspirasi.
Kak Fiza merupakan pengerusi 1 HAKERA. Happy belated day kak. Kak Fiza seorang yang sangat memberi inspirasi. Beliau memang pandai dalam bab IT dan beliau merupakan MEP ICT di Kolej Dato' Onn. Sangat la lembut dan penyayang orangnya. Selama 3 hari HAKERA berjalan beliau akan menjaga kebajikan budak2 yang bernaung dibawahnya termasuk saya. Selama 3 hari juga saya dapat pelukan percuma dari beliau sehinggakan ada kawan yang cemburu sebab kami berpelukan. Bak kata orang, pelukan kasih sayang.Hahahaha
Azno...Beliau merupakan pengerusi 2 HAERA. Beliau sangat la 'tiptop'dalam kerja beliau. Disamping sibuk dengan tugasan, beliau akan pantau anak2 buah HAKERA. Jika ada masalah beliau akan bantu untuk menyelesaikan. Selama 1 bulan bekerja dengan beliau, saya dapat inspirasi bagaimana untuk menangani masalah. Kebanyak budak HAKERA rapat dengan beliau berbanding ketua pengarah sendiri.
Inilah dua orang yang memberi inspirasi kepada saya sepanjang menjalani program kolej. Saya berharap kami sentiasa bersama dan tidak putus hubungan kerana berkenalan dan berkawan dengan mereka berdua merupakan satu pengalaman dan anugerah kepada saya yang tidak terhingga.
Sampai sini dulu kisah saya.Jumpa lagi.
Wednesday, 5 April 2017
JALAN JALAN MENCARI KENANGAN
Assalamulaikum dan selamat sejahtera.....
Dah lama rasanya tidak menulis dalam blog ni. Sebabnya adalah sebab-sebab yang selau orang beri iaitu sibuk. Hahaha betul kebelakangan selalu sibuk denga program, kelas, tugasan dan macam-macam lagi.
Kenapa tajuk hari jalan-jalan mencari kenangan? Harini saya akan ceritakan kenangan manis bersama-sama rakan ketika keluar berjalan-jalan.
Mari kita mula dengan empat gambar di atas ini. Dari kanan atas Aisyah dan sebalahnya Suhailahwati dan di bawah ialah saya dan kotak kiri bawah ialah Syahira. Waktu ni kami ke Kuala Lumpur untuk 'survey' harga barang untuk program HAKERA. Kami pergi pada 6 Februari 2017. Syahira merupakan driver kami dan saya pulak merupakan WAZE kami untuk ke Kuala Lumpur.
Sesampai di Kuala Lumpur lebih kurang dalam pukul 11 am dan terus ke Sunway Putra Mall yang berhadapan PWTC untuk mencari santapan untuk mengisi perut-perut yang kelaparan. Lepas makan kami berjalan-jalan mencuci mata disamping melihat harga barang-barang. Selepas zohor dan selesai solat zohor kami keluar dari SPM untuk ke Jalan Chow Kit dimana mereka menjual barangan mainan yang murah-murah. Pelbagai permainan yang menggamit masa silam kerana permainan yang kami main semasa kecil masih lagi wujud.
Okay kita ceritakan kisah kedua.
Pada 24 Mac 2017 yang lalu, aku, Hanisah (bertudung merah) dan Liana (Bertudung hitam denga kaca mata) pergi ke Kolej Pendeta Zaaba semata-mata untuk makan tengahari disana. Kisahnya pada hari Khamis, diri ini teringin untuk makan Chicken Chop dan mereka memberitahu bahawa KPZ mempunyai makanan yang sedap-sedap lalu terus mengajak mereka untuk makan tengahari disana.
kami gerak dalam pukul 11 lebih dan tunggu bas di depan FEP selama hampir 30 minit.Al maklum hari Jumaat kene tunggu bas zon 6 lain macam sikit.Tapi tidak mengapa kerana ditemani oleh dua rakan yang disebut tadi. Sesampai sahaja di KPZ kami terus ke kafetaria dan mencari Chicken Chop. Mungkin tiada rezeki untuk makan Chicken Chop kerana kedai tersebut tidak dapat kami cari. Hahahaha. Akhirnya kami makan nasi kukus. Allah ganti Chicken Chop dengan nasi yang sangat sedap rasanya. Alhamdulillah akhirnya dapat juga penuhkan perut yang berbunyi tadi. Lepas makan kami tidak pulang terus ke kolej, kami lepak-lepak dan bersembang. Selepas solat jumaat kami pon bertolak pulang ke kolej kami.
Setakat ini dulu cerita berkaitan jalan jalan mencari kenangan.Sebenarnya banyak lagi cerita, tetapi saya pilih kisah-kisah ini kerana ianya memberi makna pada diri ini.
Sekian terima kasih. Jumpa lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)



