Saturday, 22 April 2017

SUKA DUKA DILEMA DALAM SATU HARI.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Okay. Harini aku nak cerita sesuatu yang sedih, dilema dan juga gembira.   Biasalah kalau perempuan ni satu hari banyak perasaan yang akan hinggap ke dalam diri mereka.  Boleh dikatakan perempuan senang dipengaruhi oleh perasaan mereka sendir.

Jom mula bercerita.  Cerita ni mula terjadi pada jumaat petang, dimana aku menerima pesanan dari 'whatapps' dari felo Kolej Dato' Onn yang mengatakan aku tersenarai untuk pergi program 'Voice Out' anjuran kolej kediaman ku.  Dan tarikh untuk pergi adalah pada 28 April sehingga 30 April iaitu hujung minggu akan datang.Serius cakap memang seronok la nak pergi sebab dapat pengalaman baru dan impian nak buat aktiviti lasak tercapai.

TAPI...... Apa yang tapi tu bila dah suka-suka.  Hidup ni tak selalu gembira je mesti ade sedih dan dilema.  Apa dia sedih dan dilema yang berlaku pada diri ini?  Hari yang sama iaitu 28 April sehingga 30 April tu aku ada program fakulti iaitu BAKSIS.  Itu la sedih dan dilema.  Sekarang ni memang dalam dilema habis.  Sebab prorgam BAKSIS ni pun aku nak pergi.  Ya lah dah buat kerja penat-penat takkan akhirnya korang tak join kan?  Mesti la nak ada masa hari kejadian.  Dan sekarang aku dalam dilema untuk memilih yang mana.  Dua-dua pihak nak aku gi.

Rasa sedih dalam hati dan hanya Allah je tahu betapa sedih sebab dua program ini bertindan.  Dan aku perlu untuk korbankan salah satu.  Satu pihak kata dorang akan buat segala surat untuk memastikan aku pergi juga program dan satu lagi pihak kata sanggup untuk call supaya aku ikut dorang.  Macam mana la akun nak buat keputusan ni. Bagi aku, kedua-dua program ni sangat penting bagi aku. Sebab dia itu biarlah menjadi rahsia.  Sebab tahu dah reaksi korang apa.

Jadi untuk tahu aku pilih yang mana, sila tunggu selepas program-program ini berlangsung.  Tunggu ya dan terima kasih kerana membaca luahan hati pelajar universiti yang baru nak rasa hidup yang sebenar.

No comments:

Post a Comment