Assalamualaikum. Kali ni nak cerita mengenai program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar ASPIRASI UKM. Program yang diberi nama 'Program Ramadhan MPP ASPIRASI'.
Program ini ade dua sahaja aktiviti yang telah dijalankan iaitu pemberian moreh dan juga pemberian sahur. Program ini berlangsung diseluruh kolej di UKM dengan kerjasama MEP kolej kediaman.
Sejujurnya,program ini agak hambar. Kenapa saya cakap hambar? Antara sebabnya ialah kurang sambutan pelajar KDO seterusnya sebab ramai mep yang tidak join untuk pemberian moreh. Hal ini kerana pelajar dan mep kdo lebih utamakan bertarawih di masjid. Bukan nak salahkan mereka, tetapi dalam masa sebulan takkan tak boleh 1 hari je bertarawih di surau kolej dan diberi moreh. Tapi kami yang ada disitu settlekan masalah makanan berlebihan dengan memberi makanan bilik ke bilik.Terima kasih kepada KE, TKE dan mep2 yang sudi datang.
Seterunsya, pemberian sahur. Lain pulak ceritanya. Nak tahu sebab apa? Sebabnya semua mep ada utk pemberian sahur. Tu yang bestnya. Rasa bonding tu kuat.hehehehe.
Ceritanya macam ni, at first dorang cakap kita akan bagi sahur pukul 4. Then macam biasalah pukul 12 baru nak tidur kan,tup tup pukul 12 TKE call cakap dorang suruh turun sebab nak bagi sahur. Aku dengan muka tak basuh terus pakai tudung and cardigan turun. Sekali dengan syera2 kene tinggal sebab bangun terkejut. Turun je dari bilik, terkejut la semua mep lelaki dah sampai dengan jentera ASPIRASI KDO pon ada. Ajak siap tegur, 'tidor ke tadi'. Aku hanya mampu gelak malu je la. Then bila semua dah sampai apa lagi, kiteorang terus bagi makanan dengan air mineral ke bilik ke bilik.
Tak lama pon sesi pemberian tu, dalam 30-45 minit je. Lepas habis agih, ape lagi terus balik bilik dan sambung tidor sampai terlajak subuh la.
Hehheheh. Tq pada sape2 yang baca walaupun nth2 xde yang baca.
Sekian sampai sini dulu.

No comments:
Post a Comment