Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Akhirnya kembali juga blog setelah sekian lama aku meninggalkannya.Hampir 10 tahun meninggalkan blog dan kini aktif semula.Aktif semula pun kerana assingment untuk subjek Aplikasi Komputer.
Marilah kita memulakan sesi perkenalan.Nama yang diberi FATIN BT AHMAD RAZAK.Dilahirkan di Kuala Lumpur dan menetap di Kuala Lumpur sudah hampir 20 tahun.Sekarang sedang belajar di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA di Bangi.Mengambil jurusan Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.Sekarang sudah masuk semII di UKM.
Apa perasaan masuk di UKM?Sudah pasti berasa bangga kerana dapat menyambung pelajaran di UKM dan dapat melestarikan impian kedua ibubapa.Azam di UKM?Untuk menjadi seorang mahasiswi yang berkredibiliti sama ada di fakulti dan kolej.Walau bagaimana pun,untuk menjadi seorang yang berkredibiliti bukan mudah kerana pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi.
Saya merupakan pelajar lepasan Matrikulasi Pulau Pinang.Zaman matrikulasi dan zaman universiti amatlah berbeza bagai 360 darjah.Kerana di matrikulasi tekanan yang dihadapi tidak terlalu berat berbanding di universiti.Bagaimanapun,saya tetap berasa semua ini pengalaman yang akan mengajar kita untuk meneruskan hidup didunia yang penuh cabaran.
Sampai disini sahaja salam pengenalan saya.Assalamualaikum dan terima kasih.

No comments:
Post a Comment